PENGENALAN

PENGASAS
Ustaz Haji Mahyidin Bin Hamat


Beliau berasal dari Kelantan dan berhijrah ke Selangor pada akhir tahun 1999. Pendidikan beliau adalah :
  1. Madrasah Mahmudiah, Sg Durian, Kuala Krai, Kelantan
  2. Pondok Bendang ar-Rahmah, Saiburi, Patani
  3. Islamic Saiburi School, Patani
  4. Talaqi dengan ulama' Syria di bawah asuhan Shaikh Abdul  Latif Soleh Al-farfur
  5. Ijazah dari Jordan 
  6. Master dari UKM 
  7. Kini sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang undang-undang islam, UKM
SEJARAH
SARAN telah diasaskan oleh Ustaz Mahyidin Bin Hamat bersama-sama dengan isteri beliau iaitu Ustazah Azizah Binti Mat Nor yang juga merupakan Mudirah SMAS. Ianya mula beroperasi pada 2002 yang menyediakan pendidikan agama bagi pelajar sekolah rendah selaras dengan garis panduan daripada JAIS. Pada 2005 pula SARAN menubuhkan sebuah tadika bagi menyediakan pendidikan islamik di peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Kini SARAN mengembangkan lagi peluang pendidikan islamik dengan tertubuhnya Sekolah Menengah Agama Saran (SMAS) di mana SMAS telahpun beroperasi sejak 2009 lagi. Pada tahun 2013 SARAN sekali lagi mengembangkan sayapnya dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Islam Integrasi & Tahfiz SARAN. Pada tahun ini juga Sekolah Menengah telah diberi nama baru iaitu Sekolah Menengah Agama SARAN & Tahfiz (SMAS)

TUJUAN PENUBUHAN
Tujuan penubuhan sekolah SARAN adalah untuk memberikan ilmu agama bermula usia kanak-kanak hingga ke peringkat menengah. Maka SARAN membuka peluang itu seluas-luasnya kepada pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran (TAHFIZ).

VISI  
  • Melahirkan individu berilmu, berakhlak, bertaqwa yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
  • Melahirkan individu muslim yang mantap jati diri terhadap penciptanya.

MISI
  • Membina syahsiah dan akhlak terpuji melalui program-program yang terancang dari semasa ke semasa 
  • Menerapkan nilai-nilai agama dalam proses pembelajaran
  • Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan terbaik 
  • Melahirkan para ulama' yang berwibawa 
  • Mengamalkan pengurusan pentadbiran yang berkualiti 
PIAGAM PELANGGAN

"SARAN wujud untuk memberi laluan dan peluang kepada pelajar bagi mendalami pelajaran agama islam bagi membentuk syahsiah Muslim sejati yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah"

PENTADBIRAN TERTINGGI
Pengerusi : Ustaz Mahyidin Bin Hamat
Mudirah : Ustazah Azizah Binti Mat Nor
Timbalan Mudirah : Ustazah Arizah @ Nurul Iman Binti Ariffin

TENAGA PENGAJAR
Tenaga pengajar di sekolah SARAN mempunyai kelulusan dari universiti dalam dan luar negara.

PELUANG KE UNIVERSITI

Pelajar lepasan SMAS berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti sama ada dalam atau luar negara